Khamis, 24 Februari 2011

Kembali Ke Rantau Abang...


Pada 17 - 19 Februari 2011, SMK Belara telah menganjurkan Kem Kepemimpinan Perkasa Jasmani Bestari Intelek bagi pelajar Prauniversiti (Tingkatan 6 Atas). Aku kembali kesini setelah hampir dua tahun aku ke sini ketika menjadi Kem Komandan untuk Kem Kecemerlangan STPM pelajar Pra-U SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Berbeza dengan sebelum ini, kem ini lebih bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar sesuai dengan pelajar paling senior di sekolah yang menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Sehubungan itu slot yang diatur lebih bersifat banyak menekankan pembentukan sahsiah dan aktiviti riadah.