Selasa, 15 April 2008

Ke Majlis Penutup Program Jom Guna ICT

Kelmarin, 14 April 2008, aku telah diminta oleh Tuan Pengetua, Puan Hajjah Ani binti Ngah untuk mewakili beliau ke SK Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu bagi menghadiri Majlis Penutup Program Penggalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Dr. Masnah Ali Muda, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Pelbagai Media, KPM. Turut hadir dalam majlis ini Tuan Haji Kassim bin Hussin, KPP BTPNT, En. Mohd Khalid bin Mustaffa, PPD Hulu Terengganu dan jemputan yang terdiri daripada Pengetua Kanan, Pengetua, Guru Besar dari seluruh negeri Terengganu. Sebenarnya program ini, yang juga dikenali sebagai Program Jom Guna ICT telah bermula pada Sabtu, 12 April 2008, dengan kata lain ia telah memasuki hari ketiga. Program ini telah menarik penyertaan pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan ICT negeri Terengganu khususnya seperti Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, VDSL, Intel, syarikat komputer , sekolah-sekolah tertentu dan pihak BTPNT sendiri. Antara sesi pemeran ICT yang dapat dilihat termasuklah Web TV, Cyber School, SMS Sekolah, E-Farm, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, SMK, Projek Intel SMK Padang Midin dan Radio Amatur. Semasa menghadiri majlis penutup aku berkesempatan untuk bertemu dengan teman-teman sekerja sewaktu aku menjadi Guru Penyelaras Bestari SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu sama ada dari sekolah bestari atau BTPNT (dulu PSPNT). Antaranya termasuklah En.Wan Zahari, Guru Penyelaras Bestari SMK Matang dan En. Aminuddin, Guru Penyelaras Bestari SMKA Sheikh Abdul Malek. Dalam pertemuan tersebut kami bercakap tentang perkembangan sekolah bestari, yang menurut cerita kawan-kawan kemungkinan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang berasaskan web mungkin dibina semula. Aku telah terlibat sebagai Penyelaras Bestari sejak projek ini dimulakan tahun 1999 lagi, sehingga hari ini masih banyak pembaikan terhadap sistem yang perlu dilakukan untuk membolehkan penggunaannya diperluaskan di sekolah-sekolah lain melalui pembestarian sekolah. Selain itu perbincangan kami turut berkisar kepada pengurusan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah. Tentang Cyber School, aku berkesempatan berkunjung ke tempat pameran oleh pihak VDSL. Munurut petugas di situ, antara yang dipamerkan ialah kandungan Learning Management System (LMS) yang menurutnya sudah boleh diakses melalui portal Terengganu Cyber School Project (TCSP). Melihat pada Program Jom Guna ICT, aku berasa teruja tentang prasarana ICT yang terdapat di sekolah-sekolah hatta sekolah-sekolah di luar bandar. Maka tidak hairanlah sekarang pelajar menjadi lebih terdedah kepada kemajuan ICT dan menggunakannya dalam aktiviti harian sehingga mereka sekarang telah membina komuniti mereka dari seluruh dunia melalui website friendster ataupun myspace. Bagaimanapun kebimbangan terhadap akses internet terlarang perlu dipantau agar kemudahan yang disalurkan oleh pihak kerajaan tidak disalahgunakan.

3 ulasan:

IGATETECHNOLOGY berkata...

Salam Cikgu Yusoff. Saya berharap pihak sekolah akan mengadakan program program yang positif membina bagi menggunakan kemudahan seperti laptop dan internet line ini dengan sebaiknya. Contohnya online learning, info library, video cam learning, dan sebagainya. We are honored to be able to contribute to the development of ICT. Walaupun tak seberapa, kami amat berbangga dapat mewujudkannya. Sekian terimakasih.

Dr Zaidi
TCSP PD. VDSL

optimus berkata...

Salam Cikgu
Saya bekas pelajar SMTB 1983~1987.
laman Web SMTB tak nak buat ke
gambar2 lama ... cam album
" Down to Memory lane"
Cikgu..
guru2 tahun 80an ade ke yang masih bertugas lagi //

wassalam
ex-SMTB 1987 5SN1

Rabiah binti Ruhan@Idris berkata...

Salam Cikgu
Saya bekas pelajar SMTB 1982~1986.
laman Web SMTB memboleh kita berhubung x student SMTB.
Nama: Rabiah binti Ruhan @ Idris. Saya dari aliran Sains Pertanian. Email: rabiah@sirim.my