Rabu, 9 April 2008

Pembelajaran Alaf Siber



Kelmarin, 8 April aku mengambil kesempatan semasa sesi pembelajaran Literasi ICT, Tingkatan 1 Amanah untuk menerangkan serta mempromosikan Terengganu Cyber School Project (TCSP) kepada pelajar-pelajar aku. Aku menggunakan 20 buah laptop yang dibekalkan di bawah projek ini untuk digunakan oleh pelajar.
Antara perkara yang aku utarakan ialah tentang zon wireless di seluruh kawasan sekolah ini. Pendek kata, duduk disudut manapun kita dapat mengakses maklumat melalui internet menggunakan teknologi wireless. Selaku Penyelaras Cyber School aku merasa bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar di sekolah ini mempunyai capaian kepada kemudahan ini. Walaupun dalam perancangan projek, hanya 10 kelas yang dipilih untuk dilengkapkan dengan laptop di kelas, aku tidak mahu wujud jurang digital antara kelas. Sehubungan ini aku merancang untuk memastikan semua pelajar di SMKTB dapat menggunakan kemudahan ini supaya mereka merasa akan kesan daripada pelaksanaan Cyber School. Jika dilihat pada pelajar, ternyata mereka mempunyai keinginan untuk menggunakan teknologi ini. Sebahagiannya telah mempunyai pengetahuan tentang capaian internet secara wireless. Hal yang demikian mungkin kerana mereka telah melihat penggunaan teknologi ini di luar. Kalau di Terengganu, Mydin Mall sememangnya mempunyai kemudahan ini untuk pelanggannya. Selain itu mungkin terdapat ibu bapa pelajar yang melanggan broadband wireless yang disediakan oleh Celcom misalnya.

1 ulasan:

IGATETECHNOLOGY berkata...

Assalamualikum Cikgu Yussof.
Tahniah atas kesungguhan dan pencapaian cikgu. Kami amat gembira beserta terimkasih atas sokongan Cikgu dan Puan Hajah Ani selaku pengetua. Kami juga tidak lupa akan masakan yang sedap dan layanan yang baik yang telah di berikan oleh sekolah. Masakan tu memang tak lupalah, bestnya.
Kalau cikgu Yusof dan pihak sekolah ada apa apa nak dikongsikan atau ada isu atau apa sahaja yang boleh kami bantu silalah hubungi saya. Tahniah dan terimakasih dari kami VDSL

Salam
Dr Zaidi
Project Director TCSP-VDSL